Friday, August 15, 2008

Ya Allah...selamatkan bangsaku

5,000 berhimpun bantah isu buka UiTM

KANGAR: Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, dekat sini, berkumpul bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, membuka universiti itu kepada pelajar bukan Bumiputera.

Bantahan secara aman hampir sejam itu bermula kira-kira jam 5 petang dengan perarakan pelajar berpakaian serba hitam sambil membawa sepanduk dan laungan 'Hidup UiTM' dari kampus kediaman masing-masing sejauh dua kilometer ke tapak perhimpunan di Padang Rani UiTM.

Selain lebih 5,000 pelajar diketuai Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Ahmad Faiq Ahmad Fuat, perhimpunan terbabit turut disertai kakitangan akademik dan pengurusan kanan universiti termasuk Pengarah Kampus UiTM Arau sendiri, Profesor Madya Dr Hamidi Abd Hamid.

Ahmad Faiq ketika ditemui, berkata perhimpunan itu bertujuan menyuarakan bantahan kepada cadangan Menteri Besar Selangor itu yang dianggap mencalar kepentingan kaum Bumiputera.

Katanya, Menteri Besar Selangor tidak seharusnya membuat cadangan berkenaan kerana UiTM adalah benteng terakhir menjaga kepentingan pendidikan orang Melayu.

-sumber: Berita Harian, 15 Ogos 2008

No comments: