Saturday, September 27, 2008

sinar Ramadhan 1429H

Alhamdulillah, kini telah masuk hari ke 27 umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia menyambut bulan yang penuh keberkatan, iaitu Ramadhan al-Mubarak. Bermakna, tinggal tidak sampai 4 hari sahaja lagi Aidilfitri akan mengungkap tirainya...

Pada kesempatan kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini tak kira di mana jua berada. Macam mana puasa kali nie?.. Ok x?..

Okay kali ni saya nak ceritakan sikit pengalaman berbuka puasa di rumah bakal mertua, seterusnya bertarawih di Masjid Kampung Batu 5 Kuala Perlis. Sebagaimana pada tahun yang lalu, kali ini saya diundang lagi untuk pergi berbuka puasa di rumah bakal mertua. Namun, dek kesibukan tugas dan tanggungjawab terhadap pelajaran dan urusan universiti, maka baru semalam saya berkesempatan menunaikan hajat bakal mertua saya.

Semalam juga merupakan kali pertama saya mencipta sejarah selama bercinta dengan bakal isteri saya dalam 2 perkara, Pertama, menunaikan solat Jumaat di masjid yang mana makmumnya tidak sama sekali saya kenali. Kedua, saya telah berjalan kaki dari rumah bakal mertua ke masjid sejaul lebih kurang 700 meter. Sejujurnya saya tidak merasakan penat, tetapi agak bosan kerna terpaksa berjalan kaki seorang diri. Mujurlah dalam perjalanan pergi, seorang pak cik menumpangkan saya menaiki motosikalnya.

Untuk mengisi masa lapang antara selepas Jumaat dan fardhu Maghrib, saya telah menulis bait-bait kata yang indah di dalam kad raya yang diutuskan khas buat bakal mertua dan isteri. Juga saya telah meringankan tulang untuk membantu bakal isteri yang amat saya kasihi untuk menyediakan juadah berbuka. Menu yang disediakan dapat saya sifatkan sebagai terlalu banyak dan semestinya sedap-sedap belaka. Terima kasih sayang kerana menjadikan ramadhan kali ini begitu bermakna..