Wednesday, October 29, 2008

pertengkaran yang lembut

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Saya ingin berkongsi tip bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan,
‘aku maafkan dirimu’.

Elak bercakap panjang

Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kamu mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kamu mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kamu mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

Tiada dendam dalam percintaan

Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini. Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kamu benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.

Jangan mencari kelemahan pasangan

Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya kamu menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kamu. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Jangan melibatkan hal lain

Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kamu berdua. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.


Jangan bertindak secara fizikal

“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.Dalam bercinta, kamu dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas.Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”.

Usah menjauhkan diri.

Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.

Saturday, October 25, 2008

masih suami isterikah di alam akhirat??

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


9 Perkara yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

Takkan perempuan je yang mempunyai pantang mereka je kan? Lelaki pun ada juga sebab-sebab dan perkara-perkara yang mereka tidak suka wanita buat pada mereka.

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan
tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong
diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

pantang wanita kalau lelaki sebegini...

Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.


Suka menyampuk

Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah

Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya,˜buka pintu!!", ˜buat kopi", ’angkat kasut' dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ˜boleh tolong buatkan kopi' dan ˜tolong buka pintu tu".

Bergurau kasar

Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ˜gurau pun tak boleh."

Cepat naik berang

Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar

Sikap lelaki yang suka 'syok sendiri' membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal

Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dielakkan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah

Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi


Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah

Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian

Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor

Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa

Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ˜buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih

Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya.

Semoga berjaya!

i'm away..


dear friends..
i am sadly announce that i will be away from my beloved blogs for about 5 days
this is due to decision to return to my hometown at 10.30 a.m this morning
hope we may keep in touch as soon as possible

i am expecting to return to my blog on Wednesday nite at about 11 p.m
with a promising great stories of my holiday

c u soon
aDioZ

Wednesday, October 22, 2008

it's test time!!


hello guyz...

it has been a little moment since my last blog, huh?
i am now w
ondering what would happen to this world when people start accusing each other..
would there be any place on the earth without violence, fights and terrorism?..
a place i'm dream of...


however,

this particular time i would just like to announced
that throughout this tense week, my mind and my soul will be in a deep trouble...
of course, it's time for the 2nd test
i just answered my OM paper this morning and i feel a lil' bit relief
since my yestarday's nite sacrifice paid off!! huhu...

with only one more paper to go which is quite a critical subject for me
i hope that i will scored this final test as my carry mark for this semester is quite dropping
and at the end of this week, i will take a buzz of my life, returning to my hometown
just to take a fresh air
before the final exam starts...

guyz, wish me lucks and all the best
i'm hoping for your prayer
for me to maintain the DL's
if I still manage to obtain DL,
i promise to organize a special party for all of you..

see you with lots of stuff in next blog..
aDioZ!!


p/s: to shukri, it's a great start for your blog:) congratz!!

Saturday, September 27, 2008

sinar Ramadhan 1429H

Alhamdulillah, kini telah masuk hari ke 27 umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia menyambut bulan yang penuh keberkatan, iaitu Ramadhan al-Mubarak. Bermakna, tinggal tidak sampai 4 hari sahaja lagi Aidilfitri akan mengungkap tirainya...

Pada kesempatan kali ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini tak kira di mana jua berada. Macam mana puasa kali nie?.. Ok x?..

Okay kali ni saya nak ceritakan sikit pengalaman berbuka puasa di rumah bakal mertua, seterusnya bertarawih di Masjid Kampung Batu 5 Kuala Perlis. Sebagaimana pada tahun yang lalu, kali ini saya diundang lagi untuk pergi berbuka puasa di rumah bakal mertua. Namun, dek kesibukan tugas dan tanggungjawab terhadap pelajaran dan urusan universiti, maka baru semalam saya berkesempatan menunaikan hajat bakal mertua saya.

Semalam juga merupakan kali pertama saya mencipta sejarah selama bercinta dengan bakal isteri saya dalam 2 perkara, Pertama, menunaikan solat Jumaat di masjid yang mana makmumnya tidak sama sekali saya kenali. Kedua, saya telah berjalan kaki dari rumah bakal mertua ke masjid sejaul lebih kurang 700 meter. Sejujurnya saya tidak merasakan penat, tetapi agak bosan kerna terpaksa berjalan kaki seorang diri. Mujurlah dalam perjalanan pergi, seorang pak cik menumpangkan saya menaiki motosikalnya.

Untuk mengisi masa lapang antara selepas Jumaat dan fardhu Maghrib, saya telah menulis bait-bait kata yang indah di dalam kad raya yang diutuskan khas buat bakal mertua dan isteri. Juga saya telah meringankan tulang untuk membantu bakal isteri yang amat saya kasihi untuk menyediakan juadah berbuka. Menu yang disediakan dapat saya sifatkan sebagai terlalu banyak dan semestinya sedap-sedap belaka. Terima kasih sayang kerana menjadikan ramadhan kali ini begitu bermakna..

Sunday, August 24, 2008

Kamu yang Aku CIntai

Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri

Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati

Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami

Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah

Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis

Aku akhirikan,
Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”

Friday, August 15, 2008

Malaysia Entrepreneurs Challenge (MEC)



ladies and gentlemen...
proud to announce that the Apprentice is now in Malaysia!!

don't believe it??..
tune to ntv7 on the 22nd-24th of August 2008 for the live telecasts

plus..
guess what??...
i'm one of the participants!! hehehe...

mcm xcaya je kan yg i'm one of the participant
actually dpt notice psl event nie pun last minutes that is 2 days before closing date...
tu pun coz bc announcement kat malaysian debater group..
at first, sj2 je kan apply utk masuk..
suke2 la katakan..
juz for fun!!
tak sangka la plak sampai terpilih..ish3 terharunye...

1 team ada 5 members..
so, i pun cari la lg 4 org
yg bley diharap n activ so that maruah UiTM Perlis xlah tercalar...
mule2 ingat nak send juz 1 team coz skrg nie tgh cuti mid-sem
ramai yg balik..
tp, at last UiTM Perlis sj hntr 3 team
dhsyat kan??...
kalu ikut organizer ckp, diorang akan select juz 11 team throughout Malaysia
so, lagi 2 team, i xtaw terpilih or x...

ape2 pun,
kpd kwn2 yg duk area KL and Slangor
dtg2 la ye kat any monorail station
give ur support for this event

harapan??...mesti la nak menang coz hadiahnya mmg best giler
nak taw hadiah ape??.. check website ni k?:
www.thechallenge.com.my

okay, gtg
adiozZz
Respons Isu: Biarlah UiTM kekal menjadi hak Melayu
Oleh Zainor Said

APAKAH motif dan agenda sebenar pemimpin Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor, tiba-tiba saja mencadangkan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka 10 peratus pengambilan pelajarnya kepada bukan Bumiputera, masih menjadi tanda tanya.

Sebagai Menteri Besar, yang juga pemimpin Melayu, kita yakin beliau dapat menjangka cadangan dibuat itu ibarat bermain api yang pasti mencetuskan kemarahan dan bantahan dalam kalangan masyarakat Melayu kerana UiTM yang diasaskan pada tahun 1956 bertujuan menjadi wadah memperjuangkan nasib bangsa Melayu bagi menangani masalah kemunduran dan kemiskinan menerusi pendidikan.

Setelah lebih 50 tahun ditubuhkan, tidak siapa boleh menafikan sumbangan besar UiTM dalam mengangkat martabat bangsa dan melahirkan ramai cerdik pandai Melayu, termasuk tokoh korporat dan pemimpin politik yang banyak memainkan peranan menjayakan agenda bangsa, agama dan negara.

Seperti dijangka, berikutan cadangan Abdul Khalid, lebih 5,000 penuntut UiTM berhimpun di Dataran Shah Alam dan berarak menuju ke perkarangan pintu utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menyatakan bantahan mereka kepada Menteri Besar.

Mujurlah perhimpunan itu berjalan secara aman dan tidak mencetuskan rusuhan yang memburukkan lagi keadaan sehingga membawa kepada penahanan pemimpin pelajar yang mengetuai perarakan. Pelbagai pihak lain termasuk pemimpin Melayu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bumiputera turut melahirkan kekecewaan mereka dan menuntut Menteri Besar memohon maaf di atas keterlanjuran itu.

Sebenarnya isu supaya UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sudah beberapa kali dibangkitkan, tetapi bezanya desakan itu sebelum ini datang daripada pemimpin bukan Melayu, dan anehnya kali ini pemimpin Melayu sendiri yang mahukan ia dilaksana.

Kita yakin, bantahan pelbagai pihak khususnya penuntut UiTM sendiri bukan bermakna mereka takut untuk bersaing dengan kaum lain atau menganggap kemasukan mereka menjadi ancaman kepada peluang meraih kecemerlangan.

Kita tidak menafikan malahan cukup bersetuju bahawa dengan adanya pelajar pelbagai kaum dalam sesebuah institusi pendidikan akan menjadikan mereka lebih gigih berusaha seterusnya mewujudkan persaingan sihat memburu kecemerlangan dalam pelajaran. Ia juga mampu mewujudkan interaksi kaum ke arah memperkukuhkan asas perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Bagaimanapun dalam konteks ini, biarlah UiTM terus unggul dengan kecemerlangan pelajar Melayu sebagai bukti kejayaan orang Melayu sejajar dengan prinsip asal penubuhannya. Kita yakin UiTM tidak mungkin menjadi institusi yang meniupkan api perkauman dalam kalangan pelajar Melayu untuk memusuhi kaum lain.

Cadangan Abdul Khalid barangkali berjaya meraih sokongan masyarakat bukan Bumiputera seperti yang diharapkan, lebih-lebih lagi dalam suasana panas pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tetapi hakikatnya, beliau telah mengguriskan perasaan masyarakat Melayu dan menghilangkan keyakinan mereka terhadapnya dalam melindungi kepentingan dan keistimewaan bangsanya sendiri.

Sebelum ini, berikutan desakan kaum bukan Bumiputera untuk mendapat peluang lebih luas di pusat pengajian tinggi kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akhirnya kerajaan bersetuju memberi peruntukan 10 peratus tempat di Kolej Matrikulasi dan institusi pendidikan di bawah Mara.

Kemudian timbul pula isu pembahagian kuota biasiswa JPA yang menjadi perdebatan hangat apabila kerajaan mengurangkan kuota pelajar Bumiputera daripada 90 peratus kepada 50 peratus. Berikutan itu kuota untuk pelajar bukan Bumiputera melonjak daripada 10 peratus kepada 45 peratus.

Tidak mustahil selepas ini akan ada lagi keistimewaan Melayu yang harus dilepaskan kepada kaum lain sekiranya pemimpin Melayu terus mempolitikkan isu pendidikan sehingga sanggup menggadaikan hak keistimewaan Melayu demi kelangsungan politik mereka.

Kita harus mengambil iktibar daripada semangat permuafakatan dan kesepaduan pemimpin bukan Bumiputera terutama dalam soal pendidikan anak bangsa mereka. Terbukti semangat itu telah menjadi faktor penting mereka maju dan cemerlang dalam pelajaran.

Kita merayu kepada semua pemimpin Melayu, tidak kira sama ada dalam kalangan Umno atau di luar Umno, janganlah terlalu mempolitikkan isu pendidikan sehingga menggadaikan kepentingan dan masa depan anak bangsa kita.

Marilah kita memperteguhkan muafakat dan kurangkan permasalahan dalam soal pendidikan, sebaliknya tampil dengan niat ikhlas untuk membantu meningkat prestasi pelajaran mereka. Jika anak bangsa kita mundur dalam pelajaran, masa depan mereka akan gelap dan tiada jaminan mereka mampu bersaing dengan kaum lain.

-ehsan:Berita Harian

Ya Allah...selamatkan bangsaku

5,000 berhimpun bantah isu buka UiTM

KANGAR: Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, dekat sini, berkumpul bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, membuka universiti itu kepada pelajar bukan Bumiputera.

Bantahan secara aman hampir sejam itu bermula kira-kira jam 5 petang dengan perarakan pelajar berpakaian serba hitam sambil membawa sepanduk dan laungan 'Hidup UiTM' dari kampus kediaman masing-masing sejauh dua kilometer ke tapak perhimpunan di Padang Rani UiTM.

Selain lebih 5,000 pelajar diketuai Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Ahmad Faiq Ahmad Fuat, perhimpunan terbabit turut disertai kakitangan akademik dan pengurusan kanan universiti termasuk Pengarah Kampus UiTM Arau sendiri, Profesor Madya Dr Hamidi Abd Hamid.

Ahmad Faiq ketika ditemui, berkata perhimpunan itu bertujuan menyuarakan bantahan kepada cadangan Menteri Besar Selangor itu yang dianggap mencalar kepentingan kaum Bumiputera.

Katanya, Menteri Besar Selangor tidak seharusnya membuat cadangan berkenaan kerana UiTM adalah benteng terakhir menjaga kepentingan pendidikan orang Melayu.

-sumber: Berita Harian, 15 Ogos 2008

Monday, August 11, 2008

kegeraman n kebengangan yang ternyata melampau....
bulan Ogos nie adalah bulan yang paling100000000000000000 tension buat mirul
dis week, mirul kena siapkan dua assignment past years (OM & HR). Baru dapat hari nie dah kena hantar rabu...
n, at the same time gak, esok (selasa) mirul ada test finance jam 8.15 malam
yg cdeyne, ape pun x study lagik....waaa...
+, rabu petang, ada lagi satu test:IT....giler3...naye dibuatnye....
so nak xnak, malam nie kena la start stay up....
teringt kata2 lecturer En. Zain, lecturer PR:"you do or you die....."

waargggh....tensionnye!!!

Sunday, August 10, 2008

assalamualaikum..

salam ukhuwah, salam perkenalan, salam perpaduan buat semua..
Syaaban telah menyingkap tirainya, bermakna tinggal 22 hari saje lagi
untuk kita umat Islam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang mewajibkan kita berpuasa penuh pada siangnya dan berterawih pada malam hari..
alhamdulillah, puasa tahun lepas mirul berjaya lepasi tanpa terkantoi..hehe

masa Karnival Gegar UiTM Perlis 2008 yang baru saja berlangsung minggu lepas, mirul sempat la beli buku "Solat Tarawih&Qiamullail" sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan kelak
mirul berazam Ramadhan kali ini, mirul akan bersembahyang terawih secukupnya tanpa tinggal..
insyaAllah, dengan berkat sokongan kawan2, azam mirul ini akan jadi kenyataan. Doa2kan la ye...
kawan2 pun jgn lupa tunaikan taw...hehe

okay la, ckit updates untuk bulan nie..
kawan2 sume mesti tau kan yang pada hujung bulan ini adalah Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-51..
so, mirul akan participate dalam perarakan brass band peringkat negeri Perlis..
kepada kwn2 yang bley hadir, hadir2kan lah diri untuk support mirul ye..
mirul main snare drum, merangkap band marker iaitu assistant kpd. Drum Major..
and sebelum tu, pada 28hb, mirul juga akan turut perform dalam persembahan Hati Malaya anjuran MPP UiTM Perlis..
ikut perancangan, kami akan buat drumline...
nak tau drumline tu ape??..
datang la tengok taw!!..

okay, setakat ini saje untuk kali ini...
salam penuh kerinduan untuk semua...

Wednesday, July 09, 2008

perjuangan diteruskan..

syukur alhamdulillah....
walaupun pada semester yang lalu, aku dikejutkan dengan peristiwa pemergian arwah tok ke alam barzakh secara mengejut
namun ia tidak sekali-kali mematahkan semangat dan tekadku untuk mencipta kejayaan yang aku idamkan...

buktinya, keputusan untuk semester ke-4 pada diriku adalah yang paling gemilang kerana aku berjaya mendapatkan anugerah dekan untuk kali yang pertama...

dan kini, aku menyambung semula perjuanganku yang masih belum selesai di semester yang ke-5..
semoga sinar kejayaan yang semakin gemilang ini akan terus menyinari setiap langkah perjalananku...

AMIN...

Monday, May 12, 2008

sampai syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Wednesday, April 09, 2008

perginya seorang permata hidupku...

this song is specially tribute to my grandmother who passed away on the 1st of April 2008...

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua;
Salam terakhir salam teristimewa;
Kepada kau yang tersayang;
Pada teman yang ku kenang;
Pemergian ku ini tak dirancang.

Usah bertanya mengapa aku;
Mengucap salam terakhir kepada mu;
Kerna waktu berputaran;
Bimbang tak berkesempatan;
Melahirkan kerinduan terhadapmu..

Demi sebuah kenyataan;
Yang amat menyakitkan;
Aku yang tidak berdaya;
Hanya berserah padaNya..

Salam akhir..
Salam yang teristimewa;
KepadaNya ku memohon keampunan;
MelaluiNya ku beri kemaafan..Kepadamu..

Andainya aku punya waktu;
Masih ku ingin mengulangi semula;
Saat indah bersama mu;
Sayang tak berkesempatan;
Abadikan saja salam ku di ingatan;
Salam ku yang terakhir...

Tuesday, April 08, 2008

tok...

"Tok..
aku rasa sunyi, sejak kehilanganmu,
di dunia ini,
di saat ku meniti kejayan ini,
Tok, aku menyanjungimu
Jasamu yang terlalu agung buatku
Tak terdayaku membalas budimu
Oh tanpamu hilanglah haluan hidupku
terasa seksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu di dunia ini
Kudoakan agar rohmu dicucuri rahmatNya...
oh tok
Oh tanpamu hilanglah haluan hidupku
terasa seksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha apa yang mendatang
Tok aku rasa sunyi sejak kehilanganmu
di dunia ini di saat ku meniti kejayaan ini
Tok aku menyanjungi jasamu yang terlalu
agung buatku
setiap hari ku merindumu.."


Wednesday, April 02, 2008

dedicated to Allahyarhamah Hajjah Eshah binti Din (1939-2008)

ku sangkakakan... panas berpanjangan..
rupanya gerimis mengundang..

dalam kegembiraan insan lain menyambut 'April Fool'
ku ditakdirkan kehilangan insan yang amat aku sanjungi dan hormati
yang amat ku sayang dan ku kenang...
tambah menyedihkan, pemergiannya tepat pada ulang tahun perkahwinan mama dan papa yang ke-20..
yang mama sifatkan sebagai ulang tahun yang paling menyayat hati...

tok, panggilan aku kepadanya...
telah dijemput pulang ke hadrat Illahi
dalam keheningan pagi tepat jam 8.15...
tanpa angin, tanpa ribut..
ku dikejutkan dengan pemergiannya...

rasa menyesal terbuku di benakku
manakan tidak, aku tidak sempat untuk menemaninya di kala sakaratul maut...
aku tidak sempat menemuinya, memandikannya, dan tak sempat memohon keampunannya...

hanya yang mampu dan sempat aku lakukan,
adalah mencium tubuhnya yang telah terbujur kaku..
di tempat mandinya yang terakhir, mengangkatnya ke tempat kafan,
mengusung kerandanya, mengiringi kerandanya, menyembahyangkan jenazahnya dan menyemadikannya...

sehingga kini, ketika coretan ini ditulis,
aku masih menangis mengenangkannya...
aku tahu, semua tak dapat menerima hakikat ini,
apatah lagi mama, satu2nya anak tok..
hanya aku dan adik2 penguat semangat mama seumur hidupnya...

"mama, kuatkanlah semangat, hadapilah perpisahan ini dengan tabah.. ayong, afiz n anis sentiasa memberi kekuatan kepada mama dan akan sentiasa menemani dan menyayangi mama..."

tok pergi tanpa sempat meninggalkan pesan dan wasiat kepadaku,
dan kepada adik2...
hanya satu pesanan terakhir daripada tok buatku, kirim salam sayang pada cucu tok-merujuk kepada bakal isteriku, asliza...
setelah aku fikir dengan mendalam, barulah ku tahu bahawa tok mengimpikan sangat untuk aku dijodohkan dengan liza, yang sempat ditemuinya sekali pada bulan Julai 2007.

tok, ayong janji....
ayong akan sempurnakan impian dan amanat tok
dan ayong akan jaga mama, afiz n anis...
ayong amat merindui tok...
ayong terkilan tak berada di sisi tok semasa nafas tok yang terakhir...
tapi ayong tetap terimanya sebagai ketentuan takdir...

mudah2an kita ditemukan di akhirat kelak....

"biarpun terpaksa ku korbankan masa depanku, dengan menamatkan pelajaran di peringkat diploma, demi masa depan adik2ku... aku rela dan pasrah demi menebus kesilapan ku semasa hayat arwah...."

- al-Fatihah -

"belum sempat ku curahkan kasihku, kau pergi tak kembali..."

Monday, March 31, 2008

kembali bersua...

Assalamualaikum..

Setelah hampir 2 bulan sibuk dengan macam2 tanggungjawab sebagai mahasiswa, akhirnya pagi ini dapat juga aku coretkan serba sedikit tentang apa yang berlaku sepanjang peninggalan ini.

Kalau pada awal semester ke-4 dulu, kami ke Langkawi, nampaknya untuk semester yang ke-5, aku dan isteriku akan beralih makan angin. Kali ini, ke negeri kelahiranku... Pulau Pinang.

So, sebagai persediaan awal, dari siang tadi sampai la ke malam, aku sibuk mencari maklumat-maklumat tentang penginapan, tempat-tempat menarik dsb.

Maklumlah, aku ni nama je orang penang, tapi hanya taw ckit je tentang pelancongan ni sume.

Alhamdulillah.. akhirnya dapat gak aku cari tempat penginapan yang berpatutan(harga RM 200 ke bawah untuk 1 malam). Sebenarnya ada 5 hotel sumenya, so esok aku akan discuss hotel mana yang harus kami menginap memandangkan setiap hotel ada kelebihannya tersendiri. Ada yang dekat dengan bowling&theme park, ada yang dekat dengan pantai, n macam2 lagi.

And, tempat2 untuk dilawati aku rasa cukup la dengan 11 tempat. Antaranya Penang Hill, Bazaar Chowrasta, Tropical Fruit Farm n KOMTAR.

Vacation ni kami plan nak pegi on the 12th of July sampai la 13 hb. Sehari je.. Tarikh ni bersempena dengan ulang tahun kami yang ke 1 tahun 2 bulan, merangkap pecahnya rekod couple isteri aku ni dulu. Simbolik kan?...

Tapi, jangan salah sangka. Walaupun pergi berdua, kami takkan tidur sebilik. Tapi kami akan ambil bilik yang berhadapan atau bersebelahan.

Stakat ni je dulu coretan untuk kali ini. Semoga akan ada kesempatan untukku menulis di blog ini lagi.

Salam sayang dan rindu untuk isteriku...

Mmmmuahhhhhh

Wednesday, January 23, 2008

last weekend....

"...sepanjang perjalanan menyusuri hidup ini..
banyak kenangan indah yg ku alami..
percintaan aku bersama mu telah banyak mengajar ku tentang erti ikatan keluarga yg utuh, suasana kampung yg begitu mendamaikan dan sedikit sebanyak mengubat kerinduan ku kepada keluarga tercinta.."
Ahad(20 Januari 2008), setelah hampir 8 bulan tak menjenguk (n buat keje) kat kedai bakal mak mertuaku, akhirnya aku sampai gak... dlm jam 9 pg...
(thanx Din for the ride)
(time tu hanya ada bakal mak mertua aku n kawan-kawan dia je.. n x bz la sgt)
tapi elok je aku start nak duduk, terus ramai org datang...
n aku as usual la (walau pun baru kali ke-2), tolong bakal mak mertua aku kemas meja, basuh pinggan, n amik order
then dlm jam 11 lbey, baru la bakal isteri aku ni nampakkan muka...
(baru datang dari umah setelah best tido..hua3)
jgn mrh ye syg...:)
then aku trus smbung keje smpai la bakal isteri aku ni ajak teman dia pegi kangar...
punye la jln jauh, pns plak tu...
g stesen bas (padehal ada jln short cut-mayb kes dera kot) hua3....
n time tgh tnggu taxi hampir 10 minit, isteri ni pun amik pfume dia n 'swipe' kat sweater aku
time cium bau tu yg best, mcm mana ntah aku bley 'lalok' smpai landing
n then bila isteri aku ni suruh bangun dudk,...... ttba je aku trhantuk kat tiang bus stand tu...
ape lg, bergegar la bus stand tu..kah3 padan muka sendiri.
tp xla rs skt sgt, tp bila isteri aku check, dia ckp ada 'benjol' ckit kat blkng kepala... fuh..nsb baik la ckit je...
"that outing goes on till' bout' 5.50 p.m and then triple of us (with her lil' bro.) return to her house"
Bila sampai kat umah bakal mertua aku, n pas solat asar, isteri aku ni trus ajk g tengok sungai kat blkg umah dia...
best la gak, coz dpt tgk ikan apa ntah (mcm ikan puyu), pastu naik basikal n tgk isteri aku buat demo buah 'meletup' dlm air.. ape la pnye nama. kat situ pun ada pokok kacang panjang, pegaga, cili... sumenya first time aku tgk:>
Balik ke umah, lepak2 plak dgn mak tih dia, dgn bkl mak mrtua aku n adik2 ipar yg tgh best main n mkn calci-yum yg dibeli kat kngr td... best n terhibur rs ht time ni, tringt zmn knk2 'ribena' dlu.. hehe
then, dlm jam 7 lbey... mak mrtua aku ajak g psr malam... ikt apa yg isteri aku ckp, hari tu mak blanja agk bnyk (rasanya sebab jarang menantu dia ni datang kot...hehehe)
mmmmmmmm... what a lovely dinner that nite'. trkantoi la aku solat maghrib...
Otw blk, isteri aku sruh hntr msg kat ayah dia, mintak belikan roti john..
dlm fikiran aku ni mst nk kna tulis pak cik (standard la tu), tp isteri selamba je sruh aku tulis ayah... Nasib baik la ayah dia ok n x rs pelik..mklum la, bkl menantu for the first time hntr msg guna ayah
Ok,then mak dia hntr aku dgn isteri aku g kedai, sbbnye pagi td tnggal moto kat kdai... mula2 isteri aku ni taknak, segan la kot... tp dah mak mertua aku berkeras, apa lagi, menurut la... n aku plak snyum girang aje..
N, for the 1st time, sepanjang hbgn aku dgn dia, kami sm2 nek moto blk umah... dia bwk, aku duk kat blkng la (aku xtaw bwk moto-kang xpsl2 jd superman)..
time tgh jln, gurl aku ni bwk xla laju sgt.. tp bila smpai kat dpn umah, mayb nk mnunjuk kot... sengaja dia speed.. aku ape lg, gayat la smpai pgg handle blkng... hehehehe.... fuh, serius cuak... nsb baik x terpeluk kah3
then, msuk dlm umah lepak2 jap, then g mndi (tu pun coz gurl aku bg signal sruh g mndi)... nsb bek la awl2 lg gurl aku dh psn sruh bwk bju spare...
abis mndi trus aku solat isyak n qadha solat maghrib yg trkantoi td... elok2 je aku sudah solat, ayah mertua aku pun blk.. yg bestnye, satu family tnggu aku hbs solat, bru mkn:) seriously dinner mlm tu mmg best... coz mkn bersila ats lantai, makan siput n sotong benua n wife aku jd pelayan setia. hehehe... sdp gak mak mrtua n gurl aku msk. kiranya smpai aku tmbh nasi 3 kali la..
abis mkn, lepas restkan perut, time utk mkn roti john plak... bley thn gak la sdpnye...
Memandangkan adk2 ipar aku xmkn lg, so aku cuma mkn 2 pieces je la (x nak la nampak over sangat kan) walupun dipelawa dgn ssungguhnya oleh ayah mrtua aku....
abis mkn, it's the time for memory lane...
Ntah la mcm mn, isteri aku ni tunjuk la gambar dia time kecik
then dgn mak mrtua, adk2 ipar aku, trus join skali... x silap aku dlm 5 album gak la diteroka mlm tu... x sngka yg time kecik2 dlu, isteri aku ni cute ssgt100000000000.. skali tgk mcm anis (my lil' sis)..hehe.. so, no wonder la, skrg isteri aku ni cntik n ramai pminat...ehemm..
Dlm jam 12 lbey, kami pun tdo... aku dgn pakai kain pelikat je(first time tu..) tido dgn adk yg no.2 tdo kat ruang tamu, n gurl aku dgn 2 lg adk tdo dlm blik la (xkn tdo skali dgn aku plak kan..hehe). nsb bek la gurl aku bg selimut, bley la aku cover bdn aku yg terselak ntah bape bnyk kali time tdo..hehe
the next morning, it's wake up call from my sweetheart...:)
Mula2 tlg my gurl kemas umah, then sementara my gurl dgn mak mrtua aku prepare breakfast (breakfast western pg tu, coz smlm beli kat kngr)... aku pegi la mandi.. air kampung, mndi pg2, fhm2 je la kan sjuk yg mcm mn..
abis menggeletar satu bdn tu.. hehe. then have breakfast together(coz adk2 pegi skolah)..
abis breakfast, mak dgn mak tih dia g psr... so, her cousin (age 6-boy) temankan la.. xkn nk duk brdua, kang xpsl2 kna tngkp khalwat kan syg...hehehe
okay, so pagi tu for the first time in this sem., kantoi klas MGT... sbb nk tnggu adik2 dia blk skolah dlu... bru blk kampus.. kalu x, cian mak mrtua aku kna drive blk sorg2 pas hntr kami...
smentara tu, aku bc paper, tgk tv n buat assgmnt mandarin...
time lunch, my favourite meal been served.. ikan pekasam.
berselera giler r aku mkn tgh hari tu smpai 3 ekor ikan aku mkn.
Nsb bek la mak mrtua aku fhm knp aku mkn slow (x prnh mkn sila ats lantai...)
then, pas lunch sdar2 dh jam 3 n ayh dia yg bz keje pun, snggup blk awl utk g hntr...
pnye kelam kabut coz kelas start jam 4.30... smpai gmbr gurl aku time kecik yg aku nk scan n sweater aku trtnggal..ish3...
so. itu la kngn aku last weekend...
one of the most wonderful moment in my lifetime..
x sbr rsnya nk tnggu utk gurl aku ajk blk lg(mklum la, mn bley pegi slalu)
kang jiran ckp ape plak kan...
hope the sweet memory happen again...
till the next post
~adioz~

Friday, January 11, 2008

Selamat Hari Lahir ke-19 buat diriku....

alhamdulillah,
hari ni, tanggal 11 Januari 2008
genaplah usia ku 19 tahun

pada tahun ini, buat kali pertamanya aku menyambut bersama kekasih tersayang serentak...
dan untuk kali pertama juga, aku tak sambut dengan keluarga tercinta....

hari ni, hampir 6 jam aku dan isteri tersayang meluangkan masa brsama2
terima kasih syg kerna sudi menyambut birthday kita brsama :)

syg....
thanx utk hadiah2 yg syg berikan....
wallet and belt yg amat2 cantik dan bergaya
B suka sgt10000000000000000000000000 taw...
n utk surat cinta yg buat kali pertama syg tuliskan buat B
selesai membaca surat tu, B menangis taw...huhuhu

n alhamdulillah
hari ni aku berjaya

utk menggantikan cincin cinta yg dahulunya hilang...

sekadar itu untuk ruangan ini...

salam penuh cinta, kasih dan sayang

eiRLiza...


Monday, January 07, 2008

1st vacation :Langkawi Island

setelah lama plan utk ke langkawi,
akhirnya menjadi kenyataan.....

kalu dikira sejarah lama,
dah 4 tahun aku tak menjejakkan kaki ke pulau lagenda itu
sbb aku rasakan mcm tkut sgt2 nk ke sana semula...

inilah kali pertama dalam hidup aku
pergi bercuti dengan insan tersayang iaitu kekasihku
tp tetap ditemani oleh adik dan kawan2nya.

kami memilih cara backpakers dan sumenya mmg last minute strategy....hehe
antara aktiviti-aktiviti aku dan dia di sana adalah :

5 Januari 2008
11.00 - sampai di Langkawi. sewa keta Vios, price RM 60... (mula2 ingt nk blk ptg tu)
11.30 - @ underwater world langkawi. x msuk sbb mahal sgt...-dewasa RM 18
12.20 - sampai di Cable Car Langkawi Geopark. Kalu x silap, tiket price RM 15(with MyCard)
14.45- turun dari cable car, shopping souvenier
15.20 - ke Telaga Tujuh. tngkp gmbr, men air, tgk pemandangan...
16.00 - ke Snake Sanctuary. X masuk coz mahal gak - RM 15
16.20 - lunch @ Tiara Hotel Front
17.00 - ke Jetty Point, beli tiket blk utk Dayah, renew car rent smpai esk pagi (+RM 20)...
17.20 - shopping kat Langkawi Bazaar
18.40 - hntr Dayah (feri jam 7)
19.15 - sambung shopping utk baju n etc.
20.15 - ke Pokok Asam shopping zone...
20.40 - fun fair @ kompleks LADA
21.30 - otw to Pantai Chenang
23.15 - mula survey penginapan. At last, dgn pertolongan sorang kawan, tidur kat Grand Sandy
Beach Motel
00.00 - overnight mith my sweetheart. time ni yg paling best. x sia2 majuk time kat P.Asam td. hehehe... Explore Langkawi, smbil dlm keta, buat mcm2 posing yg menarik dan best!!! thanx syg:)
03.30 - balik motel, tido.......

6 Januari 2008
07.15 - bngun tdo....
08.30 - check out, tgk beach, amik gmbr, bertolak ke Bird Paradise
09.45 - smpai kat Bird Paradise. Tiket RM 12 (mycard). Bird feeding, fish feeding, rabbit feeding...amik gmbr dengan parrot, nama Leman. hehehe....
10.45 - bertolak ke Jetty Point
11.20 - smpai kat Jetty Point. Beli tiket feri, return keta, mkn KFC, g watson (beli air mineral je...)
12.40 - g naik feri....
13.10 - tinggalkan Langkawi dgn hrpn utk kembali brsama isteri trsyg:)

-TAMAT-

Tuesday, January 01, 2008

Happy New Year 2008


Happy New Year 2008.....

hopes that all my wishes and dreams come true...