Wednesday, June 24, 2009

nostalgia di kampus arau

Sudah suratan setiap yang bermula pasti akan berakhir..

Kenangan kali pertama menjejakkan kaki ke kampus Arau amat sukar untuk ku lupakan
dulu aku rasakan betapa lamanya terpaksa hidup di bumi yang tiada 'life'
tempoh 3 tahun bagiku pada waktu itu terlalu lama
malah hati ini rawan untuk sekali lagi meninggalkan keluarga tercinta.

Masih terngiang2 di telinga pesanan ayahanda semasa sedang 'lunch' di oren:
"ayong, ingat pesan abah baik-baik
tiga tahun tu tak lama
jadi, belajarlah elok2
kenalilah dan rapat dengan beberapa lecturer untuk masa depan.."

Pada waktu itu
apa yang terlintas di fikiran adalah untuk membuktikan bahawa keputusan ku untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma adalah satu keputusan yang tepat
biarlah aku merantau sekali lagi, mencari pengalaman hidup di tempat orang..
mana tahu, bila tiba rezeki aku nanti, aku perlu pergi lebih jauh ke oversea
sekurang2nya aku ada belajar mcm mn nk survive di tempat orang.

Semester 1, 2, dan 3
dapat aku harungi dengan sempurna sekali
walaupun pada awal2 pengajian aku tidak mendapat anugerah dekan sekaligus meranapkan impian untuk bergelar penerima Anugerah Naib Canselor
namun bagiku apa yang lebih penting adalah untuk grad tepat pada masanya dengan CGPA akhir yang melebihi 3.

Benar kata orang,
hidup di alam kampus memang berbeza dengan kehidupan sewaktu di sekolah menengah dahulu
dan antara yang paling nyata adalah aku sudah mula menjebakkan diri ke alam percintaan yang sedikit pun tak pernah terlintas untuk diundang.
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatianku, ramai pasangan yang bercinta akan kecundang di dalam pelajaran apabila hubungan itu semakin serius.
Halangan dan rintangan daripada kedua orang tuaku sedikit sebanyak mencabar diri ini untuk membuktikan betapa cinta itu bukanlah penghalang untuk aku mencipta kejayaan.

Semester 4, 5 dan 6..
kehidupanku di kampus semakin berubah kerana kini aku sudah mempunyai seorang kekasih hati yang perlu ku jaga dan ku sayang.
Namun apa yang menggembirakan bagi aku adalah, untuk pertama kalinya di dalam pengajian, aku berjaya mendapat Anugerah Dekan..anugerah yang amat ku tunggu selama ini.

Memang ternyata, kejayaan ku itu telah membuka mata abah dan mama seterusnya mengukir senyuman di wajah mereka.
Sejak dari saat itu, mama yang sememangnya rapat denganku mula memberi signal
dari merah kepada kuning...mula menampakkan keizinannya terhadap hubungan cinta yang terbina antara aku dan asliza.

-bersambung-

Saturday, June 20, 2009

Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan?

Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat direalisasikan. Selain itu,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

for those i respected so much in my life


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini