Thursday, November 12, 2009

ulang bulan ke-30

terasa bagai baru semalam kami menyambut ulang bulan yang ke-29
ulang bulan yang menemukan kami di bumi shah alam
sementelah ingatanku terhadap segala yang berlaku semasa konvo masih belum lagi pudar
kini sekali lagi kami diizinkan untuk menyambut ulang bulan yang ke-30..

alhamdulillah, tiada ungkapan yang dapat dizahirkan untuk menggambarkan betapa bahagianya saya di saat ini
manakan tidak, untuk menjejak ke angka 3 (bulan 30) bukannya sesuatu yang mudah
memang banyak ranjau yg terpaksa kami tempuhi bersama demi mahligai impian yang kami harapkan untuk dibina kelak

satu perbezaan yang pasti kali ini:
jika semasa ulang bulan ke-29 dahulu hati ini tidak sabar2 untuk berjumpa dengan si dia yang tercinta setelah memendam rindu yang amat sangat
namun pada kali ini amat lain
kerana pada kali ini saya terpaksa berkorban untuk menghadapi kertas peperiksaan terakhir di universiti

terima kasih sayang kerana masih setia memahami kesibukan B
semalam sebelum B tidur, B sempat membaca surat2 cinta yang pernah syg tuliskan untuk B
dan B sangkakan B takkan mudah menitiskan air mata spt dlu
namun sangkaan B silap, B tak mampu menahan air mata ini dari membasahi pipi
begitu deras ia mengalir, mengingatkan B terhadap kenangan2 kita di arau dahulu..

maafkan B sayang andai sejak kebelakangan ini B kurang menumpukan perhatian pada sayang
dan maafkan B sebab B x ucapkan selamat ulang bulan kita yang ke-30
sebagaimana kebiasaan...
B bukan ape, B rasa untuk kali ini
lebih mudah untuk B luahkan sendiri ucapan itu di sini..

"Happy 30-months Anniversary"
for my lovely, understanding n caring wife..
thanx for your endless support and intentful trusts and confidence
my love towards you is everlasting
nothing could change this.. and no one could stop the flame of love that we feel
for every mistakes and wrongdoings
i apologize.. i know i was wrong
but don't fault me when i express that my love towards you would remain unchange"

~with lots of love from your lovely B~

Monday, October 19, 2009

menghitung hari... 22 Oktober 2009

"terjagaku dari tidur, terima panggilan dari jauh
katakan saja kau rindu..berbulan ku hilang arah..
ku tempahkan kereta sewa khamis nanti kita kan bertemu
tunggu di seksyen 17" - edited from Diari seorang Lelaki

aduyai... tak sabarnye nak menanti hari khamis ni
=)

kenapa??..
sebab.....kekasih hati yang telah lama tak nampak
yang amat dirindui..
akhirnya akan muncul di bumi shah alam..
sempena our convocation...yea2!!

apa nak buat ek khamis malam nanti?
stakat ni still xda plan
so... jeng3 je la ek ape yg akan berlaku..hehehe

insyaAllah, kalau budget ckup
nak ajak si dia pegi tengok Papadom
most of my friends kat facebook ckp filem tu mmg tersangat la best
tmbh plak ada scha(my favorite actress) dlm filem tu
lg2 la beriya2 nak g tgk...

soalnye kat mana plak kan?
tgv bukit raja ke gsc bukit tinggi?..
enth la..
tgk je la nnt mcm mana...
asalkan we can spend our best moments together
and yang penting, kita enjoy!!

Monday, October 12, 2009

ulang bulan ke-29

alhamdulillah...
akhirnya ulang bulan yang amat saya nanti2 kan selama ini telah pun menjelma
ya ulang bulan ke-29 buat saya dan liza.. ulang bulan yang amat istimewa!!

mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya
kenapa saya katakan istimewa?

untuk pengetahuan anda semua, pada bulan ini akan berlangsungnya
Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-71
sidang konvokesyen saya dan liza bakal berlangsung pada 25hb Oktober ini
bermakna kerinduan yang terpendam di dalam hati untuk menemui insan kesayangan
akhirnya akan terluah dalam tempoh 10 hari saja lagi
alangkah gembira dan bahagianya saya menanti detik itu
pelbagai rancangan telah saya buat untuk memberikan sesuatu yang istimewa kepada insan tersayang termasuklah rancangan untuk sengaja bersikap dingin
dan kurang mengambil berat
maafkan abang ye sayang, abang terpaksa buat begini sebab abang nak rindu yang terbuku di hati abang akan betul2 terluah bila kita bertemu pada 22hb nnt..

sebelum menjelangnya detik indah itu
seperti biasa life sbg seorang mahasiswa peringkat ijazah
tentunya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit
hari ini (12 Oktober) jam 4.10 petang saya akan menghadapi test 3 account
lusa, graded assignment BEL (mini test)
rabu: terlalu banyak yang perlu diselesaikan.. proposal PR, revision utk quiz PR and notes summary for 4 chapters yg bukannya sedikit
aduhai.. teruknya minggu ni
mujurlah hari jumaat ini saya akan bercuti sebab kawan2 BCA attend konvo
ringan la sikit bebanan kuliah..

cuma 1 masalah saya sekarang adalah soal wang biasiswa LBNK
yg still x masuk2
masalahnya duit tu amat2 saya perlukan untuk urusan konvo kelak
untuk sewa kereta, bil INTEKMA etc.
kpd pihak LBNK tlg lah faham
semester dah nak habis
dalam piagam pelanggan duit akan masuk bulan September
tapi sekarang dah delay sebulan..
ape cerita??..

huhuhu..
harap2nya minggu ni la duit biasiswa tu masuk
-aMiN-

p/s: sayang, selamat ulang bulan kita yang ke-29
jangan lupa taw baca text yang abang send tepat jam 12 tadi
and... gud luck esok.. keja elok2 kat tempat baru...=)

salam sayang buat semua
dari bumi shah alam

Saturday, September 26, 2009

memori syawal 1430H

"berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa,
tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira.."

alhamdulillah, tahun ini adalah kali pertama saya beraya sebagai seorang perantau sejati
jika dahulu kepulangan ke kampung halaman tidaklah terlalu dirasakan kerana jarak yang dekat antara Arau dan Pulau Pinang
namun sekarang setelah bergelar pelajar di UiTM Shah Alam,
amat terasa kesayuan di hati terutamanya apabila tiba di malam-malam terakhir Ramadhan
di ruang mata terbayang keindahan desa nan permai dan kedua ibu bapa yang telah 2 bulan lamanya tidak bertemu
sesungguhnya perasaan yang saya alami tahun ini amat aneh sekali...

sepanjang perjalanan pulang ke Pulau Pinang pada 19 September yang lalu
bersama Pak Long, Mak Long dan Kak Long
hati saya terbuai dengan beberapa buah lagu raya 'evergreen' yang membuatkan saya leka dan tidak menghiraukan fenomena 'kesesakan jalan raya' sepanjang laluan PLUS
antara lagu-lagu yang pada saya mempunyai nilai estetika yang tersendiri adalah seperti "Dari Jauh Ku Pohon Maaf", "Ku Pohon Restu Ayah Bonda" dan "Pulanglah"
ditambah pula dengan lagu "Balik Kampung' sesungguhnya mampu membuatkan saya mengalirkan air mata..

Hati ini amat puas dan bersyukur kerana akhirnya dapat juga saya menatap
wajah ayahanda dan bonda yang selama ini dirindui dari jauh
ditambah pula dengan telatah dan kenakalan adinda Anis, juga gelagat adinda Hafiz
terasa satu kepuasan hakiki lahir dari dalam diri..
memang terubat kerinduan pada keluarga selama ini

sememangnya saya tak kisahkan sangat perihal baju raya
kerana yang lebih penting pada tahuni ini adalah nikmat 'kepulangan' itu
kerana itulah hari raya pada tahun ini hanya berbekalkan sepasang baju Melayu
yang dipakai ketika 1 Syawal, untuk menziarahi pusara tok dan tokwan

alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana raya pada tahun ini
saya dapat menunaikan hasrat mama untuk menziarahi pusara kedua-dua arwah tok dan tokwan
mungkin kerana itu jugalah mama telah memberikan respon yang positif apabila berbual akan perihal bakal menantunya, Asliza..
malah mama juga sanggup meluangkan masa untuk membantu bakal menantunya mendapatkan kerja sebagai guru sandaran di Pulau Pinang
yang sememangnya menjadi hasrat kekasihku sejak dulu..
terima kasih mama..

hari berganti hari, waktu berganti waktu
akhirnya sekali lagi air mata ini tumpah apabila tiba di detik perpisahan
yang menjadi saksi beratnya hatiku untuk melepaskan pelukan erat mama
dari jauh dapat ku lihat mama seolah-olah berat untuk melepaskan ku pergi
namun, dalam kepasrahan perlu juga aku melangkah pergi demi perjuanganku di menara gading
seperi SMS yang ku terima dari abah:

"..suasana di rumah begitu sunyi, sepi dan muram. Segenap ruang dalam rumah mengimbau kenangan Hari Raya. Teruskan agenda perjuangan yang cemerlang demi membela keluarga. Untuk suatu kejayaan yang besar pada masa hadapan amat perlu kepada pengorbanan pada hari ini. Berdoalah agar kita semua bertemu kembali semasa konvo.."

insyaAllah abah, akan ayong kuatkan hati ini untuk menempuh hari-hari yang mendatang
mudah-mudahan doa dan restu dari abah dan mama akan dimakbulkan oleh Allah
untuk menukar impian menjadi realiti...

Sunday, September 20, 2009

salam syawal 1430H

Saya dan Asliza ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sahabat handai dan para pengunjung laman ini. Diharapkan sinar syawal yang akan disambut pada hari ini akan menambahkan lagi kemeriahan suasana gembira bersama sanak saudara di kampung halaman.

Salam tulus ikhlas
maaf zahir dan batin

Tuesday, August 25, 2009

pertemuan terakhir di bumi Perlis

memang sukar untuk meninggalkan semua ini
segala kenangan yang terpatri di perlis, di kampus arau xkn mudah untukku lupakan sampai bila2..

kenangan mengajarku erti kematangan
dan kematangan itulah yang mencorakkan rentak kecemerlanganku hingga ke tahap ini

kepada kekasih hati yang sentiasa ku rindui
bersabarlah mengharungi perpisahan ini
walaupun kita bisa ditakdirkan bersama di kampus shah alam ini
namun aku pasrah demi menurut kata ayah dan mak
berdoalah kepada Nya yang maha Esa
moga kita akan dijodohkan jua akhirnya sebagaimana yang termaktub dalam perancangan kita sebelum ini

sungguh banyak azimat dan kata-kata yang aku pegang ketika mula melangkah kaki ke sini
namun, antara yang meninggalkan kesan mendalam di hatiku adalah pertemuan terakhir
bersama si dia yang ku cintai dan adik kesayanganku, Anis..
segalanya berlaku di restoran Pizza Hut Kangar


pertemuan yang bagiku sungguh indah sebagai pertemuan terakhir walaupun hanya sekejap
namun cukup untuk menjadi azimat kekuatanku selama bertarung di sini


p/s:terima kasih sayang atas pertemuan romantis kita itu;D

-written on 8 July 2009; 1:52 p.m.

salam Ramadhan 1430H

it's back for Ramadhan again!

alhamdulillah.. the golden chances drop in again
for us to benefit this holy month with lots of prayers and doings
including the famous- Terawih prayers!!

therefore, I and my beloved partner(Asliza)
would like to take this opportunity
to wish all of you:

HAPPY RAMADHAN 1430H

don't ever try to skip it ya..haha

ramadhan-comment

Monday, July 20, 2009

aku demam.... waaa!!

huhu..
apa la nasib i hr ni
mayb sbb seharian x mkn nasi
makanya waktu ini di kala sdg update my blog ini:

AKU DILANDA DEMAM!!!! waaaa.....

hrp2 la demam ni x melarat smpai esk pg..
kalu x, mcm mn nk g kuliah nie ;(


to my viewers,
sory la kalu post kali ni agk pelik ckit ayatnya..
I juz force myself to update my blog..
n gerenti pasni i trus tdo 'kekusyukkan'...huhuhu

anyway, td bout' 1/2 hour b4
i did sent my msg to my lovely darling
mntk advice dia utk atasi dmm
n these are the tips dat she gave to me
and i wish to share with all of you..

TIPS 1 (untuk sape yg ada fridge kat umah)

ambil bbrape ktul ais kiub,
then dibalut dgn towel
n put the 'things' on your forehead..

n, the second tips, utk sape2 yg bkongsi situasi with me at this umah sewa
(xda fridge..)

TIPS 2

pick up a towel
make it wet n wipe it on your face thoroughly
n bila dh nk tdo tu, juz put it on ur forehead
at da same time, dont eva 4get to put up ur blanket to cover your body
N put a pillow on your legs..

p/s:PLZ try this at home ;D

Sunday, July 12, 2009

8C-Punca Suami Benci Isteri

wahai kaum hawa sekalian..
ini adalah pedoman untuk anda terutamanya yang bergelar 'isteri'
jauhilah perkara-perkara di bawah ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari..

(dipetik daripada Tentang Cinta)

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL


Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat anda mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah...

Wednesday, June 24, 2009

nostalgia di kampus arau

Sudah suratan setiap yang bermula pasti akan berakhir..

Kenangan kali pertama menjejakkan kaki ke kampus Arau amat sukar untuk ku lupakan
dulu aku rasakan betapa lamanya terpaksa hidup di bumi yang tiada 'life'
tempoh 3 tahun bagiku pada waktu itu terlalu lama
malah hati ini rawan untuk sekali lagi meninggalkan keluarga tercinta.

Masih terngiang2 di telinga pesanan ayahanda semasa sedang 'lunch' di oren:
"ayong, ingat pesan abah baik-baik
tiga tahun tu tak lama
jadi, belajarlah elok2
kenalilah dan rapat dengan beberapa lecturer untuk masa depan.."

Pada waktu itu
apa yang terlintas di fikiran adalah untuk membuktikan bahawa keputusan ku untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma adalah satu keputusan yang tepat
biarlah aku merantau sekali lagi, mencari pengalaman hidup di tempat orang..
mana tahu, bila tiba rezeki aku nanti, aku perlu pergi lebih jauh ke oversea
sekurang2nya aku ada belajar mcm mn nk survive di tempat orang.

Semester 1, 2, dan 3
dapat aku harungi dengan sempurna sekali
walaupun pada awal2 pengajian aku tidak mendapat anugerah dekan sekaligus meranapkan impian untuk bergelar penerima Anugerah Naib Canselor
namun bagiku apa yang lebih penting adalah untuk grad tepat pada masanya dengan CGPA akhir yang melebihi 3.

Benar kata orang,
hidup di alam kampus memang berbeza dengan kehidupan sewaktu di sekolah menengah dahulu
dan antara yang paling nyata adalah aku sudah mula menjebakkan diri ke alam percintaan yang sedikit pun tak pernah terlintas untuk diundang.
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatianku, ramai pasangan yang bercinta akan kecundang di dalam pelajaran apabila hubungan itu semakin serius.
Halangan dan rintangan daripada kedua orang tuaku sedikit sebanyak mencabar diri ini untuk membuktikan betapa cinta itu bukanlah penghalang untuk aku mencipta kejayaan.

Semester 4, 5 dan 6..
kehidupanku di kampus semakin berubah kerana kini aku sudah mempunyai seorang kekasih hati yang perlu ku jaga dan ku sayang.
Namun apa yang menggembirakan bagi aku adalah, untuk pertama kalinya di dalam pengajian, aku berjaya mendapat Anugerah Dekan..anugerah yang amat ku tunggu selama ini.

Memang ternyata, kejayaan ku itu telah membuka mata abah dan mama seterusnya mengukir senyuman di wajah mereka.
Sejak dari saat itu, mama yang sememangnya rapat denganku mula memberi signal
dari merah kepada kuning...mula menampakkan keizinannya terhadap hubungan cinta yang terbina antara aku dan asliza.

-bersambung-

Saturday, June 20, 2009

Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan?

Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol

Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat direalisasikan. Selain itu,mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit

Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar

Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi

Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’

Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

for those i respected so much in my life


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, May 12, 2009

Berbungalah Bunga CInta (lagu rasmi)

Berdebar-debar ku rasakan
Bila terpandang
Pandang wajahmu hm... hm...
Gelisah gelisah hatiku
Bila tak jumpa
Jumpa denganmu
Fikiranku terganggu keranamu

Aku sayang aku rindu
Ku cinta padamu
Janganlah kau menghampakan harapanku ini
Berbungalah bunga cinta
Bunga kasihku
Menguntumlah mewangilah
Kau dihatiku
Setelah ku kenal dirimu
Terbuka ruangan rinduku
Biarpun bertahun menunggu
Ku rela kekasihku

Andai kau terima cintaku
Janjiku setia padamu
Andai kau menolak cintaku
Merana aku selamanya
Merana(lah)

Indah-indahnya ku rasakan
Bila kau datang
Datang padaku hm...
Membawa bawa bunga cinta

Sunday, May 10, 2009

Renungkan...

“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada…..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya….

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak….
(bukan orang kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak

Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak

Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak

Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak

Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan….mak
Bila sedih, aku mesti telefon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak

Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau….mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku….mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….mak

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak

Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu….aku ingat pasanganku
Selalu….mak ingat kat aku

Bila-bila….aku akan telefon pasanganku
Entah bila….aku nak telefon mak

Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak

Friday, March 13, 2009

novel...

Sebenarnya, sudah hampir lima tahun aku meninggalkan hobi membaca novel romantis.

Dahulu, sewaktu di asrama, aku akan habiskan waktu hujung minggu dengan membaca novel-novel ini. Antara penulis yang masih aku kenali dan kagumi adalah Ahadiat Akashah. Beliau seorang novelis yang mahsyur di Malaysia dan gaya penulisannya amat mempesonakan pembaca.

Namun sejak menamatkan persekolahan menengah, aku sudah tidak lagi membacanya. Mungkin kerana merasakan diriku sudah matang, aku telah mengubah corak pembacaanku dari novel ke majalah-majalah ilmiah seperti Forbes, Business Week dan Reader's Digest. Bagiku, dengan membaca majalah-majalah ilmiah seperti ini, aku akan memperolehi pengetahuan yang berguna apatah lagi kini aku sedang mengikuti pengajian dalam jurusan perniagaan.

Mungkin juga tubuh dan pemikiranku sudah sebati dengan novel-novel romantis remaja. Perasaan ini sudah tidak dapat disangkal lagi apabila kekasihku meminjamkan sebuah novel yang berjudul "Seharum Kasih". Penulisnya bagiku agak asing, iaitu Aina Emir. Jadi, sangkaanku tulisannya pasti tidak sehebat Ahadiat. Kata kekasihku, novel ini amat menarik. Kisahnya amat berkait rapat dengan hubungan cinta yang kami bina. Tambah menguatkan lagi semangatku untuk membaca novel ini adalah kenyataan kekasihku bahawa isi kandung novel ini amat berkait rapat dengan peristiwa yang baru sahaja kami lalui. Ini semua mendorongku untuk menghabiskan malam Sabtu ini dengan membaca novel.



Sesungguhnya, ternyata novel ini tidak menghampakan. Walaupun baru mengenali novelis ini, namun aku kagum dengan gaya penulisannya yang aku sifatkan setanding dengan Ahadiat. Pada waktu dan ketika ini, aku baru sahaja menghabiskan bab yang kedua, dan apa yang boleh aku katakan, pembinaan plotnya menarik dan susunan ayatnya amat menakjubkan. Justeru, aku mengaharapkan agar binaan klimaks dan penghujung cerita ini sebaik permulaannya yang mengujakan..

"sayang, terima kasih kerana meminjamkan novel ini kepada abang. Abang akan cuba untuk menelusuri novel ini dan mencari apakah persamaannya dengan hubungan kita. terima kasih juga kerana membawa abang kembali meneruskan hobi yang pernah abang tinggalkan..."

Wednesday, March 04, 2009

kesalan ku..

sesungguhnya..
aku tidak menyangka perbuatan ku itu membuatkan kekasihku kecewa dan marah
berhubung hanya dengan niat berkawan membuatkan kekasihku rasa dia dipermainkan

bukan itu maksudku
aku tidak pernah mahu kembali pada 'dia'
cukuplah hanya sekali aku dikecewakan..

Tuhan, berikanlah aku kekuatan
lembutkanlah hati kekasihku ya Allah
mudah2an tergerak hatinya untuk memaafkanku
dan semoga tiada lagi keraguannya terhadapku..

sayang:

"Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa...
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda...
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar...
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama...
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti..."

Friday, February 13, 2009

this weekend

fuh...
minggu nie sebenarnya agak menyibukkan bagi saya dan liza

ape tidaknya,
kalau hari khamis, kami luangkan masa hampir 6 jam di jitra (tgk filem Gang)
hari ni plak (jumaat),sabtu n ahad
kami kena join satu program yang dinamakan "Mencapai Impian"
under subjek International Business

tugas sebagai MC sebenarnya bukan mudah
walaupun saya berpengalaman luas dalam bidang ni,
tapi setiap majlis situasinya berbeza
tambahan pulak,
even saya digandingkan dengan ika sebagai MC
tapi saya rasa macam saya sorang je yang jadi pegang title tu

sebabnya?...
saya la yang kena siapkan teks, skrip, persiapan n sume lagi la
tapi xpe, saya memang enjoy buat keje nie
coz akan dapat kepuasan bila cakap kat mikrofon.

malam esok (sabtu)
saya akan collaborate dengan ika lagi untuk jayakan culture nite
lagi2 la berserabut minda dibuatnya

saya la yang in-charge MC,
yg arrange flow
n anak-anak buah plak harapkan saya untuk bagi idea (saya turut pegang leader group 4)
mcm mana nie?...

personally, saya x kisah kalah atau menang
janji weekend nie dpt belajar something new and wonderful
so, tgk je la what will happen tomorrow...

owh ye, act. esk (14 Februari 2009)
saya dgn liza kena pegi sunway pyramid
coz we juz won a contest (selected to be among 88 finalists) organized by U Mobile unexpectedly
unexpected sbb, saya main hntr hantar je madah romantis in English to their website
n mmg x sngka terpilih

hadiahnye lumayan... (cash prizes, vacations, gold nuggets...)
yg paling penting dapat t-shirt yg design nye mmg lawa ssgt...
tp nak wat mcm mana,
kami skrg nie kat arau
jauh tu nk g KL
duit plak limited
ada event IB plak tu...

huhuhu....
melepas lah lagi...

but, i'll think positive
ada rezeki, ada la peluang utk kami participate next time kan?..