Sunday, August 10, 2008

assalamualaikum..

salam ukhuwah, salam perkenalan, salam perpaduan buat semua..
Syaaban telah menyingkap tirainya, bermakna tinggal 22 hari saje lagi
untuk kita umat Islam menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan yang mewajibkan kita berpuasa penuh pada siangnya dan berterawih pada malam hari..
alhamdulillah, puasa tahun lepas mirul berjaya lepasi tanpa terkantoi..hehe

masa Karnival Gegar UiTM Perlis 2008 yang baru saja berlangsung minggu lepas, mirul sempat la beli buku "Solat Tarawih&Qiamullail" sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan kelak
mirul berazam Ramadhan kali ini, mirul akan bersembahyang terawih secukupnya tanpa tinggal..
insyaAllah, dengan berkat sokongan kawan2, azam mirul ini akan jadi kenyataan. Doa2kan la ye...
kawan2 pun jgn lupa tunaikan taw...hehe

okay la, ckit updates untuk bulan nie..
kawan2 sume mesti tau kan yang pada hujung bulan ini adalah Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-51..
so, mirul akan participate dalam perarakan brass band peringkat negeri Perlis..
kepada kwn2 yang bley hadir, hadir2kan lah diri untuk support mirul ye..
mirul main snare drum, merangkap band marker iaitu assistant kpd. Drum Major..
and sebelum tu, pada 28hb, mirul juga akan turut perform dalam persembahan Hati Malaya anjuran MPP UiTM Perlis..
ikut perancangan, kami akan buat drumline...
nak tau drumline tu ape??..
datang la tengok taw!!..

okay, setakat ini saje untuk kali ini...
salam penuh kerinduan untuk semua...

Wednesday, July 09, 2008

perjuangan diteruskan..

syukur alhamdulillah....
walaupun pada semester yang lalu, aku dikejutkan dengan peristiwa pemergian arwah tok ke alam barzakh secara mengejut
namun ia tidak sekali-kali mematahkan semangat dan tekadku untuk mencipta kejayaan yang aku idamkan...

buktinya, keputusan untuk semester ke-4 pada diriku adalah yang paling gemilang kerana aku berjaya mendapatkan anugerah dekan untuk kali yang pertama...

dan kini, aku menyambung semula perjuanganku yang masih belum selesai di semester yang ke-5..
semoga sinar kejayaan yang semakin gemilang ini akan terus menyinari setiap langkah perjalananku...

AMIN...

Monday, May 12, 2008

sampai syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu